SCHOOL ENRICHMENT MODEL MRSM TGB, JASIN
Saturday, September 10, 2016
Apa itu sem, thursday, january 30, 2014, contoh tesis sem 2012, sunday, january 12, 2014, contoh tesis kajian saintifik 2013, thursday, november 14, 2013, permohonan menggunakan makmal mrsm tgb.
SEM MRSM BETONG
Friday, march 11, 2011.
Merupakan lampiran soal selidik, temu bual dan bahan kajian yang digunakan.
Susun lampiran mengikut turutan abjad seperti: LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan sebagainya.
A. Cara Menulis Rujukan Yang Lengkap Untuk Buku
Berikan maklumat yang selengkap mungkin seperti berikut:
Nama Pengarang. Tahun penerbitan . Judul buku (condong). Penyunting,penyusun, penterjemah (jika ada). Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri (jika ada). Edisi(S elain daripada edisi pertama). Bilangan jilid . Tempat terbit: Penerbit .
1.Nik Anuar Nik Mahmud. 2000 . Konfrontasi Malaysia Indonesia . Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Corcoran,K & Fischer,J. 1987. Measure for clinical pratice: a source book . New York : The Free Press
3. Shaharir bin Mohamad Zain. 1990. Beberapa masalah permulaan dalam sains hayat dan perubatan. Ed. ke-2. Bangi : Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia.
B. Cara Menulis Makalah dalam Jurnal
Nama Pengarang. Tahun. Judul makalah , Nama Jurnal (condong). Nombor jilid (tebal). n ombor keluaran (dalam tanda kurung): Halaman seluruh makalah .
1.Proceedings of the London Mathematical Society Third Series Volume XXXVI
Hendaklah ditulis seperti berikut: Proc.London Math. Soc. 36 (3)
2. Mohammad Haji Alias. 1988. Pembinaan dan pemilihan model respon penawaran pengeluar getah asli. Jurnal Ekonomi Malaysia 18 : 3 -25
C. Bahan Rujukan Elektronik
Nama Pengarang. Tahun . Tajuk makalah. Nama Jurnal/Buku (condong). Nombor jilid (tebal). Nombor keluaran (dalam tanda kurung). Halaman seluruh makalah. Jenis media (dalam tanda kurungan). Tapak/jejak/fail/alamat sesawang. Tarikh akses (dalam tanda kurungan)noktah
Clark,J.K. 1999.Humidity sensor. Journal of Physics 2 (2): 9 – 13, (atas talian) http://www.cit.edu/phys/sensor.html (20 Julai 1999)
Bab 1 : Pengenalan
-Latarbelakang kajian
-Bagaimana idea tercetus
-Pernyataan masalah
-Objektif kajian
-Kepentingan kajian
Bab 2 : Tinjauan bacaan/ Tinjauan Literatur
Subtajuk mengikut kesesuaian kajian. Bahagian ini perlu ditulis dengan mendalam dan merupakan isi utama . Maklumat untuk penulisan boleh diperolehi daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, ensiklopedia, majalah dan internet.
Bab 3: Methodologi Kajian
- Kaedah Penyelidikan / Kajian Saintifik dan Sains Sosial)
Penulisan tentang kaedah kajian yang dijalankan seperti eksperimen, soal selidik, temubual dan sebagainya.
- Metedologi Rekacipta
Penerangan tentang bagaimana hasil rekaan dibina ini termasuklah melibatkan perkara-perkara berikut seperti:-
i. Bahan : penggunaan bahan-bahan semulajadi seperti kayu dan pasir; bahan olahan seperi konkrit, keluli dan Loyang; bahan sintetik dan komposit seperti plastic, polesterin dan gentian kaca; bahan siap guna seperti komponen elektronik dan perpaipan PVC
ii. Peralatan : menyatakan apakah jenis peralatan yang digunakan dalam membuat penciptaan
iii. Kaedah pembuatan : menyatakan langlah-langkah kerja yang teratur dapat dipraktikan seperti
- Penyediaan bahan dan peralatan
- Kerja-kerja penandaan
- Kerja-kerja pemotongan
iv. Kos Pembinaan ; menyenaraikan kos bahan mentah termasuk bahan buangan, kos upah dan kos-kos sampingan yang lain.
Bab 4: Keputusan/ perbincangan
- Sains Tulen /Sains Komputer/Sains Sosial
Persembahan hasil kajian berbentuk data, carta, jadual, gambar dan sebagainya berserta ulasan. Analisis dan huraian kajian mesti memberi lebih kefahaman kepada pembaca.
Perbincangan mesti berdasarkan teori,objektif kajian,pernyataan masalah dan pengujian hipotesis .
- Rekacipta/Kejuruteraan
i. Lukisan kerja yang mengandungi
- Lukisan Ortografik (2D) yang mengandungi pelan (pandangan atas), pandangan hadapan dan pandangan sisi seperti Lampiran D2
- Lukisan Isometrik (3D) rekacipta yang berskala seperti Lampiran D1.
MUAT TURUN CONTOH LUKISAN
ii. Lukisan ceraian berlabel yang menunjukkan semua bahagian dan demensikomponen model atau rekacipta.
iii. Menerangkan fungsi bahagian dan prinsip kerja rekacipta
iv. Menerangkan kelebihan rekacipta dan pasaran
Bab 5 : Penutup/Rumusan
Kesimpulan dari hasil kajian diterangkan secara terperinci. Cadangan untuk pembaikan boleh dikemukakan supaya hasil yang lebih baik diperolehi pada masa akan datang. Cadangan kajian akan datang boleh dikemukakan.
MUAT TURUN CONTOH TEKS
Bahagian permualaan adalah bahagian awal sebelum penulis menulis bahagian penting dalam pelaporan hasil kajian. Bahagian ini mengandungi antaranya
- muka surat judul,
- penghargaan,
- jadual kandungan/senarai kandungan,
- senarai jadual, senarai rajah, senarai foto, dan
- abstrak (bahasa Melayu) serta abstract (bahasa Inggeris) .
1 Muka surat Judul
Muka surat ini mengandungi maklumat berikut :
(a) Tajuk kajian ilmiah
(b) Nama Penulis
(c) Nama penasihat
(d) Bulan dan tahun
(e) Ditulis makluman berikut:
“Laporan kajian ilmiah adalah memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kursus kemahiran Akademik (KA) MRSM Alor Gajah, Melaka.”
Sila download contoh bahagian ini LAMPIRAN MUKA SURAT JUDUL .
2 Penghargaan
Ucapkan terimakasih kepada pihak-pihak yang telah membantu menjayakan projek ini mengikut keutamaan seperti berikut:
- Ucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T
- Pihak maktab/universiti
- Penasihat Projek
- Pihak luar
- Ibu dan Bapa
- Dan lain-lain.
3 Jadual Kandungan
Senaraikan tajuk-tajuk, subtajuk dan pecahan kecil serta dengan mukasurat.
4 Senarai Jadual dan Rajah dan Foto
Senaraikan semua jadual dan rajah serta dengan mukasurat.
5 Abstrak/ Abstract
Merupakan huraian ringkas kajian ilmiah yang mengandungi
- masalah yang diselidiki,
- kaedah dan
- ringkasan dapatan kajian .
Panjang abstrak hendaklah di antara 150 hingga 200 patah perkataan yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris jika mini tesis ini ditulis dalam bahasa Melayu dan sebaliknya.
Penulisan Abstrak adalah berbeza dengan penulisan sipnosis/proposal kajian ilmiah. Penulisan abstrak perlu menyatakan bidang kajian, menyatakan definasi permasalahan, metedologi kajian, proses penyelidikan, keputusan yang didapati dan kesimpulan daripada kajian.
Abstrak mesti ditaip dengan satu jarak (single spacing). Abstrak dan abstract hendaklah ditulis di dalam helaian yang berlainan.
MUAT TURUN CONTOH PERMULAAN TESIS
SUSUNAN KANDUNGAN PENULISAN LAPORAN KAJIAN (MINI TESIS)
Laporan Kajian ilmiah mengandungi empat bahagian :
1. Permulaan,
3. Senarai Rujukan, dan
4. Lampiran.
PANDUAN PENULISAN LAPORAN PKS (MINI TESIS)
Untuk melengkapkan projek kajian, kumpulan pelajar perlu membuat laporan kajiannya secara ilmiah (tersusun mengikut tertib dan format laporan saintifik) untuk membuktikan kajian tersebut dibuat.
Panduan ini menjelaskan keperluan minimum bagi format dan bentuk akhir kajian ilmiah yang hendak dihasilkan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa SEM MRSM Alor Gajah. Pelajar boleh menggunakan langkah-langkah penulisan ini bagi menghasilkan laporan kajian ilmiahnya atau dikenali sebagai mini tesis .
MUAT TURUN PANDUAN PENULISAN LAPORAN PKS/MINI TESIS
IMAGES
VIDEO
COMMENTS
MR. ZULHAKIM BIN MOHAMAD SALLEH. 2013. DECLRATION. I declare this thesis “Fluorescent Film for Heavy Metal Detection” is the result of our own research except as …
As we will discuss in class, your major project for the semester is a mini-thesis or applied project proposal. This proposal should be built from the knowledge that you have gained from your …
This paper describes the stages of doing a research project for such a masters or diploma, and describes in detail how to write a minor thesis. The …
First and foremost, we would like to thank the honourable principal of MRSM Pasir Salak Puan Rosmurni binti Abdul Aziz for supporting us and giving us this opportunity to be involved in this …
Panduan Penulisan Mini Tesis boleh disusun mengikut kategori yang dianjurkan mengikut tahun semasa dan ianya sesuai sebagai pendedahan awal kepada pelajar di …
Writing a Master’s thesis is a challenging mission in higher education. This work requires in-depth research executed by motivated students. At this level students have to …
panduan penulisan laporan pks (mini tesis) Untuk melengkapkan projek kajian, kumpulan pelajar perlu membuat laporan kajiannya secara ilmiah (tersusun mengikut tertib …
Cikgu Rizal MRSM AG menerbitkan PANDUAN PELAKSANAAN SCHOOLWIDE ENRICHMENT MODEL (SEM) MRSM ALOR GAJAH pada 2021-05-22. Baca versi flipbook …
panduan penulisan laporan pks (mini tesis) Untuk melengkapkan projek kajian, kumpulan pelajar perlu membuat laporan kajiannya secara ilmiah (tersusun mengikut tertib dan format laporan …