Majikan.my

Bidang Pengajian Yang Susah Dapat Kerja

Kenapa kami perlu mengambil anda bekerja.

Majikan.my

Contoh Cover Letter Terbaik Untuk Kerja (Dalam Bahasa Melayu)

Nora Hana

Apakah contoh cover letter terbaik untuk job application ? Jika anda mencari sampel, boleh sahaja rujuk contoh cover letter di bawah ini. Semuanya lengkap dalam Bahasa Melayu.

Langkau artikel ini untuk dapatkan contoh surat resign .

Sedikit mengenai pentingnya cover letter

Mencari pekerjaan adalah satu perkara yang akan dilalui oleh hampir setiap orang pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Seringkali ini berlaku tatkala kita baru selesai pengajian dan tidak mempunyai pengalaman dalam mencari perkerjaan.

Ramai yang tidak tahu, sebagai orang yang baru sahaja masuk bidang pekerjaan, anda perlukan contoh cover letter terbaik. Ini akan dapat membuka mata bakal majikan.

Antara cara-cara untuk mencari pekerjaan adalah dengan melihat iklan di akhbar atau dengan melayari laman-laman pekerjaan seperti Jobstreet.com, Indeed.com dan lain-lain lagi. Namun, jika cover letter tidak begitu menonjol, bagaimana pula?

Apakah yang membezakan adalah penulisan cover letter dan resume anda?

Di sini kami akan dikongsikan tips untuk menghasilkan cover letter yang bagus dan beberapa contoh untuk anda jadikan sebagai rujukan.

Sebenarnya, apa itu cover letter ?

Dalam mencari pekerjaan, perkara yang pertama yang memberikan bakal majikan gambaran yang positif atau sebaliknya mengenai kita adalah melalui surat permohonan kerja ( cover letter ) dan resume .

Sebaiknya surat pemohonan kerja ini disesuaikan dengan jawatan dan syarikat yang dipohon. Ini dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk disenaraikan antara mereka yang dipanggil untuk sesi temuduga. Elakkan dari menghantar surat permohonan kerja dan resume yang umum dan menghantar surat permohonan jawatan dan resume yang sama bagi semua jawatan.

Cover letter adalah bagaimana cara anda memasarkan diri anda kepada bakal majikan anda selain dapat melobi diri anda, menceritakan kelebihan anda, pengalaman serta kelayakan yang anda miliki untuk menarik perhatian bakal majikan.

Dan melalui cover letter juga, bakal majikan anda dapat melihat personaliti anda, dapat menilai serta mempertimbangkan anda kepada pengurusan tertinggi samada anda layak atau tidak untuk bekerja disitu.

Tidak kisah samada cover letter anda dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, untuk membuat sesuatu permohonan, budi bahasa adalah sangat penting dan itu akan melambangkan siapa diri anda sebenarnya.

Apa kandungan dalam cover letter ?

Menurut Universiti Monash, kandungan cover letter mestilah mencerminkan kemahiran komunikasi bertulis, tahap kepentingan dalam kedudukan, pengetahuan anda tentang syarikat itu dan kaitan kemahiran dengan syarikat.

Contoh cover letter terbaik

Pastikan itu cover letter selaras dengan butir-butir yang terkandung dalam resume anda dan disampaikan dalam beberapa perenggan dengan struktur yang baik.

Kandungannya termasuk:

  • Alamat dan butiran diri anda, termasuk alamat penerima
  • Tarikh hari ini
  • Panggilan yang betul seperti Encik, Tuan, Cik Puan
  • Tujuan surat itu, termasuk butiran jawatan yang ditawarkan
  • Tunjukkan minat anda terhadap jawatan yang ada
  • Tunjukkan yang anda bersungguh-sungguh ambil tahu tentang syarikat itu

Jangan buat perkara ini:

  • Jangan hanya buat ringkas kemahiran anda tanpa bukti sokongan kemahiran
  • Ayat yang diambil secara langsung dari laman web syarikat itu

Contoh cover letter Bahasa Melayu #1

Ini ialah contoh cover letter terbaik yang anda boleh gunakan. Walaupun kami cuma letak kerani, anda boleh ubah kepada apa-apa jawatan yang lain.

Muhammad Amin bin Salam No 77, Jalan Melati 2, 40300, Shah Alam, Selangor [email protected] 012 3458666

15 November 2020

Pengurus Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Subang Jaya

PERMOHONAN KERJA SEBAGAI KERANI

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak Tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Utusan bertarikh 10 November 2019. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan Tuan.

Untuk makluman Tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di sebuah syarikat pengangkutan bas sebagai kerani kaunter. Saya juga telah bekerja selama 5 tahun sebelum ini di sebuah syarikat kontraktor pemaju hartanah sebagai kerani. Saya merupakan graduan diploma bidang pengurusan pejabat dari UiTM.

Saya telah mengikuti perkembangan institusi Tuan sejak dua tahun lalu yang banyak memberikan perkhidmatan yang baik pada masyarakat. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Arab tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.

Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak Tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak Tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

———————————— Yang benar, ( Tandatangan anda )

Contoh cover letter Bahasa Melayu #2

Fatimah Muhammad Yunus No 73, Jalan Rajawali 3/4, Kampung Rajawali, 51300 Kemaman, Terengganu [email protected] 012 444 5555

17 November 2019

Pengurus Sumber Manusia,

Maju Palm Oil Sdn. Bhd.

PERMOHONAN KERJA SEBAGAI EKSEKUTIF AKAUN

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Berita Harian bertarikh 20 Oktober 2019. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan. Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di syarikat Leng Hoong Industries Sdn. Bhd. sebagai kerani kanan akaun. Saya telah dinaikkan jawatan daripada kerani akaun pada tahun 2007 di atas prestasi kerja yang cemerlang. Saya merupakan graduan diploma bidang perakaunan dari Kolej Komuniti Jempol.

Saya telah mengikuti perkembangan syarikat tuan sejak dua tahun lalu yang telah berkembang pesat sehingga berjaya menjadi pengeksport utama minyak sawit ke negara China. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Mandarin tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar.

Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan. Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar, ————————————— (Nama dan Tandatangan)

Contoh cover letter #3

Pengarah, Sumber Manusia Jabatan Kesihatan Daerah Daerah Kuala Berang 25600, Kuala Berang, Terengganu

20 Ogos 2018

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA

Perkara di atas dirujuk.

Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan.

  • Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2018.
  • Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap. Disini turut dilampirkan resume saya untuk rujukan pihak tuan.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.

Keprihatinan Tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

…………………………….. <NAMA PEMOHON>

Format Cover Letter

Cover letter tidak didatangkan dalam format tertentu atau format mandatori yang harus anda ikuti.

  • Jika anda seorang fresh graduate , cukup dengan menerangkan siapa diri anda dan dari institusi mana ada menamatkan pengajian
  • Jika ada pengalaman, ianya memberikan sedikit kelebihan kepada anda dan yang paling penting, cara untuk menghubungi anda.
  • Pastikan anda menggunakan perkataan yang ringkas dan padat.
  • Jangan lupa maklumkan kepada bakal majikan bagaimana anda tahu mengenai jawatan kosong tersebut.
  • Jika anda menulis dalam bahasa inggeris, pastikan anda menggunakan perkataan serta ayat yang betul.
  • Jika tidak begitu yakin, boleh saja anda menulis dalam Bahasa Melayu asalkan ayat dalam Bahasa Melayu juga tidak berterabur.

Akhir kalam

Semoga perkongsian kali ini tentang contoh cover letter terbaik untuk fresh graduate dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal graduan dalam mencari pekerjan yang sesuai dengan apa yang mereka hajati.

Jika anda masih mencari tempat untuk latihan industri, boleh dapatkan contoh surat permohonan intership .

Apa-apa pun, teruskan usaha dan tawakal. Jangan lupa berdoa.

Semoga bermanfaat.

Share Your Salary Anonymously

Help create salary transparency by sharing your information. We respect your privacy and do not collect any personal details. Your contribution helps others in the industry make informed career decisions.

' src=

My writing covers job-related topics, from boosting office productivity to salary negotiations. I have a keen interest in workplace dynamics and enjoy exploring and comparing job markets across various industries. My goal is to help both employers and job seekers make informed decisions in their professional journeys.

' src=

Terima kasih perkongsian ini. Sangat membantu!

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

2 Contoh Cover Letter Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Cover letter disertakan sekali dengan contoh resume anda dan borang permohonan kerja. Ia boleh digunakan untuk memperkenalkan resume anda dan minta syarikat memberi perhatian pada faktor-faktor penting yang membolehkan anda ditawarkan temuduga dan seterusnya pekerjaan.

Kandungan Artikel

Contoh coverletter bahasa melayu.

Cover letter ini adalah untuk permohonan kerja bagi fresh graduate untuk jawatan kerani akaun dan cv ini dihantar melalui emel. Tak perlu panjang sangat. Cukup sekadar sebagai pembuka kata. Cover Letter ini dalam bahasa melayu.

contoh cover letter

Subjek Email: Permohonan Untuk [Jawatan Kerja]

Assalamualaikum

Saya Ahmad Albab ingin memohon untuk mengisi jawatan kosong sebagai [Jawatan Kerja] seperti yang diiklankan di laman web [Nama Syarikat] .

Saya dari [tempat belajar] di dalam jurusan [kelayakan pelajaran] dan bakal bergraduasi pada oktober 2023.

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya sekarang didalam tempoh training di [nama syarikat] untuk tempoh kontrak.

Disini saya sertakan bersama resume sebagai rujukan pihak Tuan/Puan.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyemak permohonan saya dan saya menantikan maklum balas Tuan/Puan untuk perbincangan lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

[Nama] [No. Telefon]

Contoh CoverLetter Bahasa Inggeris

Berikut merupakan contoh cover letter dalam bahasa inggeris. Format yang sama, bahasa je yang berbeza.

Cover letter Bahasa inggeris

Subject Email: Application for [Job Position]

Dear Sir/Madam,

I, Ahmad Albab, wish to apply for the vacant position of [Job Position] as advertised on the [Company Name] website.

I hail from [Educational Institution] with a major in [Educational Qualification], and I am set to graduate in October 2023.

For your information, I am currently undergoing training at [Company Name] under a contract period.

Attached herewith is my resume for your reference.

Thank you for taking the time to review my application, and I look forward to hearing from you for further discussions.

[Your Name] [Phone Number]

Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.

rESUME TERBAIK BAHASA MELAYU INGGERIS

Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?

rahsia resume kerja

Terdapat banyak contoh cover letter yang korang boleh jadikan rujukan tapi blogr telah susunkan dalam artikel ini cover letter yang terbaik sekali. Dibawah disertakan juga ciri-ciri dan format menulis cover letter supaya korang dipertimbangkan untuk ditemuduga.

Ciri-ciri Cover letter Yang Bagus

Untuk buat cover letter format ada beberapa panduan kena anda ikuti. Antaranya

  • Cover Letter adalah surat peribadi. Elakkan daripada menyalin semula atau meniru Cover Letter orang lain. Cover Letter tidak seperti surat pekeliling
  • Ceritakan kreativiti tersendiri
  • Kertas yang digunakan hendaklah bersaiz A4, berwarna putih (kosong) dan bermutu iaitu bukan kertas buku latihan yang dikoyakkan
  • Hendaklah ditulis dengan kemas dan bersih. Buat satu salinan untuk simpanan
  • Tulis alamat, no. Telefon dan tarikh di sudut atas sebelah kiri
  • Elakkan kesilapan ejaan, penggunaan tatabahasa hendaklah baik dan teratur
  • Tulisan mestilah bersih dan kemas
  • Apabila surat permohonan dikehendaki tulis tangan, hendaklah ditulis tangan. Maksud disebalik tulis tangan ialah untuk melihat diri atau personaliti seseorang individu, kemas dan bersih serta bertanggungjawab atau sebaliknya
  • Jika sekiranya seseorang calon tahu bahawa tulisannya sukar dibaca dan difahami, sebaik-sebaiknya surat tersebut ditaip
  • Tulisan tangan yang baik diperlukan dalam jawatan seperti bidang perakaunan, untuk buat laporan bertulis, membuat rajah dan lukisan

Format Karangan CoverLetter

Sebaiknya dalam cover letter tersusun dengan pengisian WHAT, WHY dan HOW. Berikut merupakan apa yang dikongsi oleh Tuan Ir Meor Shamshir .

Penting. Jangan hantar resume dalam bahasa melayu lepastu cover letter dalam bahasa inggeris. Semoga dengan perkongsian contoh cover letter simple dari kami ini dapat membantu anda semasa memohon jawatan kerja kosong di mana-mana syarikat pun. Selamat maju jaya.

Artikel Menarik di Blogr.My

Lagi artikel menarik:.

Cara Betul Hantar Resume dan Mohon Kerja Melalui Email BM BI

Leave a Comment Cancel reply

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

Contoh Cover Letter Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

contoh cover letter melayu

Adakah anda sedang mencari pekerjaan dan mencari contoh cover letter yang boleh digunakan bersama-sama dengan CV atau resume anda ketika menghantar permohonan kerja kepada bakal majikan?

Ramai pencari kerja di Malaysia terutamanya yang baru sahaja menamatkan pengajian tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan mengenai kepentingan cover letter ketika menghantar permohonan kerja melalui emel.

Teruskan bacaan untuk mengetahui contoh cover letter terbaik yang boleh anda gunakan sebagai contoh dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Apa itu Cover letter

cover letter

Cover letter ialah surat pengenalan yang dilampirkan atau disertakan bersama dokumen lain seperti resume atau curriculum vitae.

Cover letter (surat iringan) juga dikenali sebagai cover letter, covering letter, motivation letter atau motivational letter.

Pencari kerja kerap menghantar cover letter berserta dengan curriculum vitae ata resume sebagai cara memperkenalkan diri mereka kepada bakal majikan dan menjelaskan kesesuaian mereka untuk jawatan yang dipohon.

Majikan boleh menyaring calon individu yang memohon pekerja dengan melihat kepada ketelitian surat cover letter yang ditulis sebagai satu kaedah untuk menyaring pemohon yang berminat dengan jawatan mereka dan/atau tidak mempunyai kemahiran asas yang dipelukan untuk jawatan yang dipohon.

Ciri-ciri Coverletter Yang Bagus

Menurut kajian, surat lamaran yang baik harus mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Spesifik dan terkini
  • Menggunakan tanda baca dan ejaan yang baik
  • Betul dari segi tatabahasa
  • Ia harus bebas daripada kesilapan
  • Gunakan garis masa untuk menyerlahkan maklumat kronologi, merujuk kepada jawatan pekerjaan terkini, paling rapat berkaitan dengan jawatan yang dimohon oleh seseorang

Contoh Coverletter Bahasa Melayu

Berikut merupakan contoh cover letter sekiranya anda menghantar permohonan anda melalui emel:

Subjek Email: Permohonan Untuk [Jawatan Kerja]

Selamat Sejahtera Tuan/Puan [Nama Penerima]

Saya ingin menyatakan minat saya untuk memohon jawatan [Jawatan Kerja] seperti yang diiklankan oleh syarikat Tuan/Puan.

Saya merupakan graduan ijazah [kelayakan pelajaran] dari [tempat belajar] dan percaya ilmu yang diperolehi boleh diaplikasikan di alam pekerjaan dengan sebaiknya.

Ketika praktikal selama 6 bulan di [nama syarikat], saya telah mempelajari [senaraikan ilmu dan skill yang diperolehi].

Paling penting sekali, saya berpeluang untuk bekerja dengan para profesional yang berpengalaman. Mereka telah mengajar saya cara memahami [senaraikan ilmu / skill penting yang boleh dimanfaatkan sekiranya diterima bekerja]

Saya juga telah membiasakan diri dengan pelbagai kemahiran yang membolehkan saya mengasimilasikan dengan budaya pasukan kerja dan terus berusaha untuk mencapai objektif walaupun menghadapi kegagalan.

Di samping itu, penglibatan aktif saya dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum telah banyak membantu saya mengembangkan kemahiran komunikasi dan kepemimpinan yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia korporat.

Dengan surat permohonan ini, saya lampirkan resume saya untuk pertimbangan Tuan/Puan sepenuhnya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyemak permohonan saya dan saya menantikan maklum balas Tuan/Puan untuk perbincangan lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

[Nama] [No. Telefon]

Contoh Coverletter Bahasa Inggeris

Berikut merupakan contoh cover letter dalam Bahasa Inggeris bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian:

contoh cover letter

Bantu kami share artikel ini:

Artikel berkaitan:

contoh cover letter melayu

Biodata Davina Karamoy, Pelakon Watak Rani “Ipar Adalah Maut”

cara daftar netflix

Harga Netflix Malaysia Terkini & Cara Daftar

byd sealion 7

BYD Sealion 7 Malaysia: Spesifikasi, Varian, Harga dan Tempahan

maksud b60

Maksud B60 dan Perbezaannya Dengan B40

IMAGES

  1. Contoh Cover Letter Terbaik Bahasa Melayu

    contoh cover letter melayu

  2. contoh cover letter untuk resume bahasa melayu

    contoh cover letter melayu

  3. Contoh Cover Letter Malaysia / 16 Best Cover Letter Samples For

    contoh cover letter melayu

  4. 3 Contoh Cover Letter Dalam Bahasa Melayu Untuk Fresh Graduate

    contoh cover letter melayu

  5. Bahasa Melayu Contoh Cover Letter Mohon Kerja

    contoh cover letter melayu

  6. cover letter for resume bahasa melayu

    contoh cover letter melayu

VIDEO

  1. Emel Permohonan Jawatan Kerani. #job #kerja #resume #interview #coverletter #shorts #short